12 August 2015

TIPS MENGATASI ANAK-ANAK YANG TERLEBIH 'SEMANGAT'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....


Saya jumpa info yang bagus untuk ibu-ibu seperti saya ambil tahu bagaimana nak mengatasi anak-anak yang ingin mencuba melakukan semua perkara rutin harian dengan sendiri. Kadang-kadang kita peningkan macam mana nak kawal anak-anak tanpa mereka mengajuk atau memprotes jika aktiviti itu membahayakan mereka atau memerlukan kawalan kita sebagai ibu bapa. Saya harap info yang ni bermanfaat untuk kawan-kawan semua :)

Sumber Google

Siapa yang ada anak-anak yang mempunyai semangat yang telalu tinggi? Yang menangis apabila kehendaknya tidak dipenuhi? Yang menangis tidak berhenti tanpa mendengar perkataan yang kita sudah cuba katakan? Menyimpan rasa tidak puas hati itu sehingga berterusan ke hari berikutnya...? Oh ya, saya juga alami perihal yang seakan sama. Jadi disini saya ada beberapa tips untuk dikongsi bersama yang saya rasa sangat-sangat membantu saya ketika mendidik anak sendiri mahupun anak-anak yang dibawah jagaan saya ketika di taska.

1) CUBA BERITAHU TERLEBIH AWAL APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI (Make a good deal)

Ibu dan bapa harus bersedia menerangkan apa yang akan berlaku selepas ini. Sebagai contoh, bermain di playground selama 20 minit atau lebih dan kita harus pulang selepas 20 minit kerana kita akan makan malam dan harus mandi sebelum bermulanya makan malam.

Elakkan : Meminta anak terus pulang sedangkan mereka masih asyik bermain. Ini akan membuatkan mereka menangis dan memberontak. Apa jua situasi selain daripada contoh di atas, anak-anak yang terlebih semangat tidak suka diarah dengan arahan yang mendesak. Untuk selamat dari keadaan maklumkan lebih awal tujuan pergi dan bila kita harus pulang adalah lebih diplomasi dan ini juga banyak membantu kanak-kanak berkomunikasi dan merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak selain memperluaskan bahasanya bagi yang lambat bertutur. Peringatan!!! Elakkan menggunakan alasan yang tidak sesuai yang kita tidak mampu berikan nanti kerana ini akan membuatkan mereka belajar untuk tidak penuhi janji dan bercakap bohong serta manganggap perkara tersebut adalah sudah biasa kerana ibubapa juga sering melakukannya.

2) Rutin hendaklah jelas dan konsisten

Jika waktu tidur sudah ditetapkan dan anak perlu tidur untuk mereka merehatkan badan.Ibu bapa perlu maklumkan dan haruslah konsisten. Sesudah makan, mandi dan solat semua harus tidur sebagai rutin harian dan ianya perlu konsisten. Sekiranya mereka mahukan kelainan seperti masa tambahan untuk bermain dan sebagainya kerana mereka ingin mencuba tahap kesabaran ibubapa, cuba yakinkan yang waktu itu harus dituruti dan akan lakukan aktiviti tersebut apabila ada masa terluang kemudian. Jangan mengabaikan soalan mereka sebaiknya jawab dengan alasan yang boleh diterima. Jika respon yang diberikan adalah masih negetif, tinggalkan mereka seketika untuk mereka belajar bertenang dan berfikir sendiri dan datang semula kepada mereka dan tetap dengan keputusan tadi. Puji jika mereka memberi kerjasama.

Elakkan : Memberi anak lebihan masa untuk bermain hanya disebabkan kita ingin melayari internet atau berbual dengan rakan atau di berhubung dalam talian kerana mereka akan belajar mengambil kesempatan tersebut dan akan cuba lakukan kemudian nanti. Sebaliknya selesaikan rutin mereka terlebih dahulu.

3) Kekalkan hubungan fizikal

Seperti yang kita tahu, di tahap umur 2 ke 3 tahun ini, kanak-kanak sedang melalui fasa yang amat tinggi dimana mereka sedang melalui fasa sudah mampu untuk berdikari dan melakukan dengan sendiri. Jadi, ibubapa harus kekalkan hubungan fizikal dimana kanak-kanak yang bersemangat tinggi ini perlukan masa dimana mereka mahukan ibubapa menunggu dan duduk seketika sehingga mereka sudah boleh melakukan sendiri dan bergerak pergi ke kumpulan rakan-rakannya. Pimpin tangan mereka masuk kedalam kelas dan duduk seketika agar dapat memberi mereka ruang sedikit untuk lebih bersedia berdikari dan mampu bersosial.

Elakkan : Ibubapa harus tahu bagaimana ucapan 'selamat tinggal' yang berkesan dengan tidak terlalu penuh beremosi kerana mereka dapat merasakan apa yang ibubapa rasakan. Sebaliknya nyatakan kepada kanak-kanak isi hati yang sebenar , yakin dan positif bahawa ibubapa akan tinggalkan anak dalam keadaan yang selamat di bawah jagaanNYA.

4) Persekitaran 'YES'

Wujudkan persekitaran dalam rumah yang mudah dan senang untuk kanak-kanak teroka. Contohnya kanak-kanak bersemangat tinggi sangat suka meneroka seperti menuang air sendiri, memakai baju dan seluar, melipat kain, dan sebagainya. Sudah pasti ianya akan menjadi kelam kabut sekiranya keperluan atau peralatan yang disediakan tidak bersesuaian dan menghakis percaya kita pada mereka, namun sekiranya kanak-kanak diberi peluang dan kepercayaan mereka mampu belajar dan bersedia untuk berdikari. Begitu jua mempamerkan buku bacaan yang mudah untuk mereka ambil untuk dibaca dan disimpan semula sesudah selesai. Jumlahnya juga tidaklah terlalu banyak, cukp sekadar 3 hingga 5 buah buku sahaja untuk menggalakkan mereka membaca dan duduk bertenang.

Elakkan : Memarahi atau merasa kecewa sekiranya kanak-kanak menumpahkan air atau sebagainya sebaliknya ajarlah mereka cara menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan kain berdekatan agar mudah mereka mengedalikannya. Pujilah dengan pujian tidak melampau dan katakan kepada mereka agar lebih berhati-hati.


Jadi para ibu bapa sekelian, itulah antara sebahagian tips yang saya ingin kongsikan bersama dan masih ada lagi dan insyaAllah saya akan usahakan di masa akan datang.

Semoga ilmu yang diberikan bermanfaat untuk diguna pakai bersama dalam usaha menjadi ibubapa

Regards,
SMART LITTLE BEE

Edit Sumber : smart-little-bee

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

2 comments:

  1. tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

    tq.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah blog saya...blog awakk sangat comeiiii...dengan photo shoot yang menarik :)

      Delete