26 August 2015

Ingin Mata, Kulit, kuku & Rambut Cantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan selalu dengar kan banyak kelebihan vitamin B. Apa yang kawan-kawan tahu tentang kepentingan vitamin B ini? 

Ok, saya kongsikan serba sedikit tentang kelebihan vitamin B...

Kelebihan dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kalau kawan-kawan nak tahu Shaklee ada vitamin B tau. Namanya dalah B Compleks. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dan manfaat vitamin B Compleks ini yang membuatkan ianya sangat berbaloi untuk kawan-kawan miliki. 

♡Kepentingan vitamin B yang terdapat di dalam B Compleks Shaklee♡.


1.Mencegah anemia dan penting utk proses pembaikan sel darah merah.

2.Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh.

3.Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

4.Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.

5.Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku & rambut.

6.Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

7.Memelihara pergerakan sistem saraf.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?

Merangsang pertumbuhan.
Meningkatkan kemampuan berfikir.
Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

Menambah tenaga.
Mengurangkan stress.
Melambatkan proses uban di rambut.
Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?
  • Ibu yang menyusukan 
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang 
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain 
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol
Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

25 August 2015

DOA AGAR REZEKI BERTERUSAN SEHINGGA KE ANAK CUCU

Assalamualaikum & Selamat Pagi Dhuha Semua.....

♡DOA AGAR REZEKI BERTERUSAN SEHINGGA KE ANAK CUCU♡



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; 
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah 
dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. 
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya 
ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa 
yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur
 empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur 
akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku 
dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh 
yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan 
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. 
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, 
dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam 
(yang tunduk patuh kepadamu)"....

|Surah Al-Ahqaaf 46:15 |

24 August 2015

7 Tips Mengurus Pakaian!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Korang mesti ramai yang pening nak susun pakaian bila dah banyak2 kan... Dapat dalam rumah tu ramai orangnya...kan..kan.... Jom ambik tips idea dari sharing FB Kisah Suami Isteri. Mana tahu membantu korang kan... Sebenarnya tips ni memberi sumber ilham kepada saya juga ('',)


1) Jika anda menyimpan baju di dalam laci, susun baju menegak begini. Mudah untuk diambil ketika mahu dipakai nanti kerana tidak akan menyepahkan baju lain. Boleh menjimatkan ruang juga!


2) Tuala. Bagaimana kalau cuba gulung tuala dan letakkan di dalam bakul begini? Tuala biasa nya akan memakan banyak ruang di dalam almari kerana ia tebal. Cara ini lebih kreatif dan menarik! Tapi pastikan ia disimpan di tempat selamat atau anak-anak akan jadikan tuala sebagai satu permainan pula! 


3) Penggantung berpoket ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Mr. DIY atau Daiso. Udah peningkan kepala mencari stokin dan panties lagi. Anda juga boleh labelkan mengikut nama Tuan punya supaya tidak bertukar-tukar pula! 


4) Satu perkara yang kita mungkin tidak perasan adalah kita sering mengurus dan menyimpan baju yang kita langsung tidak pakai! Pakaian tersebut kekal tersimpan di ceruk almari pakaian kita dan tiada siapa mahu memakainya lagi. Ini akan mengurangkan ruang almari dan menyemakkan! Apa kata sediakan kotak begini, yang mana sudah tidak mahu dipakai dimasukkan ke dalam kotak ini dan apabila penuh, susun kembali untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Mudah, kemas dan tidak perlu pening-pening lagi! 


5) Apa kata asingkan baju anak-anak terus mengikut hari? Anak hanya ambil sahaja apa yang perlu di pakai untuk hari itu. Tidak perlu menjerit-jerit lagi memangil nama ummi bertanya “Mahu pakai baju apa hari ini?”


6) Selalu saya kepeningan apabila suami bertanya tentang kopiah nya sebelum ke masjid untuk berjemaah. Saya telah gunakan penggantung berpoket ini untuk menyimpan kopiah nya dan soalan itu tidak kedengaran lagi!


7) Pening mencari cadar dan sarung bantal secorak? Apa kata selepas kita melipat sarung bantal, selimut dan cadar, kita masukkan semuanya ke dalam salah satu sarung bantal untuk corak itu. Mudah! Ketika mahu menggunakannya, ambil dan keluarkan semua isi dalamnya (cadar/sarung bantal lain).

Sharing is Caring!

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

23 August 2015

Apa Beza Ubat & Suplemen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan nak tahu tak apa beza Ubat? Apa beza suplemen ni?

Jom kita belajar apa erkk beza Ubat & Suplemen (",)



☆UBAT
✔ Ganjil dengan tubuh badan – tidak menyumbang bahan2 berkhasiat
✔ Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat 
✔ Mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan
✔ Bertindak baik hanya secara berasingan
✔ Berkemungkinan membawa maut
✔ Bertindak cepat dan menakjubkan
✔ Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukannya merawat punca sakit
✔ Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya ke arah tindakan sampingan
✔ Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit

☆SUPLEMEN
✔Semulajadi dan penting kepada tubuh badan
✔Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
✔Tidak menimbulkan kesan sampingan. Healing crisis adalah proses penyembuhan dan bersifat sementara.
✔Bertindak lebih baik diambil bersama makanan
✔Sentiasa SELAMAT
✔Tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang
✔Bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya
✔Bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit 
✔Tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan
✔Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain
✔Melambatkan proses kemunduruan (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan

KESIMPULANNYA:

》》Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja tetapi Suplemen boleh diambil bila-bila masa cuma yang paling penting minum air banyak semasa pengambilan suplemen.

》》Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat tetapi Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak nutrisi2 sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit.

Duit boleh dicari tapi KESIHATAN sukar ditukar ganti!

♡Sharing is Caring♡

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

21 August 2015

HaHaHa...Kan Dah Kena!

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua.....

Biasa memng tiap-tiap pagi rutin harian dalam kereta, saya akan beri anak kesayangan kami yang berumur 4tahun vitamin C untuk menjaga kesihatannya. 1 atau 2biji. 

Tiba-tiba pagi ni dia cakap "ibu, hari ni irdina nak bagi ayah satu erkkk...boleh tak?" saya pun sambil mengangguk mengatakan "ok sayang".....

Ayahnya masa tu tengah drive. Anak ku yang comel suka bercakap ni memng suka menyuapkan makanan. Apa lagi, walaupun ayahnya ketika itu masih memegang stereng kereta... "Ayah,Irdina nak bagi ayah vitamin C ni" biasalah cik hubby ku.. akan mengelengkan kepalanya... Sekali tanpa disedari kena perli ngan anak.. "Ayah makan ni elok tau untuk kesihatan"  sambil tangan dia yang memegang vitamin C terus disumbat dalam mulut ayah dia... hahahaa... 
haaaa....kan dah KENA, Ayah kena paksa makan Vitamin C ('',)


Happy Sharing with my family.....

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

12 August 2015

TIPS MENGATASI ANAK-ANAK YANG TERLEBIH 'SEMANGAT'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....


Saya jumpa info yang bagus untuk ibu-ibu seperti saya ambil tahu bagaimana nak mengatasi anak-anak yang ingin mencuba melakukan semua perkara rutin harian dengan sendiri. Kadang-kadang kita peningkan macam mana nak kawal anak-anak tanpa mereka mengajuk atau memprotes jika aktiviti itu membahayakan mereka atau memerlukan kawalan kita sebagai ibu bapa. Saya harap info yang ni bermanfaat untuk kawan-kawan semua :)

Sumber Google

Siapa yang ada anak-anak yang mempunyai semangat yang telalu tinggi? Yang menangis apabila kehendaknya tidak dipenuhi? Yang menangis tidak berhenti tanpa mendengar perkataan yang kita sudah cuba katakan? Menyimpan rasa tidak puas hati itu sehingga berterusan ke hari berikutnya...? Oh ya, saya juga alami perihal yang seakan sama. Jadi disini saya ada beberapa tips untuk dikongsi bersama yang saya rasa sangat-sangat membantu saya ketika mendidik anak sendiri mahupun anak-anak yang dibawah jagaan saya ketika di taska.

1) CUBA BERITAHU TERLEBIH AWAL APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI (Make a good deal)

Ibu dan bapa harus bersedia menerangkan apa yang akan berlaku selepas ini. Sebagai contoh, bermain di playground selama 20 minit atau lebih dan kita harus pulang selepas 20 minit kerana kita akan makan malam dan harus mandi sebelum bermulanya makan malam.

Elakkan : Meminta anak terus pulang sedangkan mereka masih asyik bermain. Ini akan membuatkan mereka menangis dan memberontak. Apa jua situasi selain daripada contoh di atas, anak-anak yang terlebih semangat tidak suka diarah dengan arahan yang mendesak. Untuk selamat dari keadaan maklumkan lebih awal tujuan pergi dan bila kita harus pulang adalah lebih diplomasi dan ini juga banyak membantu kanak-kanak berkomunikasi dan merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak selain memperluaskan bahasanya bagi yang lambat bertutur. Peringatan!!! Elakkan menggunakan alasan yang tidak sesuai yang kita tidak mampu berikan nanti kerana ini akan membuatkan mereka belajar untuk tidak penuhi janji dan bercakap bohong serta manganggap perkara tersebut adalah sudah biasa kerana ibubapa juga sering melakukannya.

2) Rutin hendaklah jelas dan konsisten

Jika waktu tidur sudah ditetapkan dan anak perlu tidur untuk mereka merehatkan badan.Ibu bapa perlu maklumkan dan haruslah konsisten. Sesudah makan, mandi dan solat semua harus tidur sebagai rutin harian dan ianya perlu konsisten. Sekiranya mereka mahukan kelainan seperti masa tambahan untuk bermain dan sebagainya kerana mereka ingin mencuba tahap kesabaran ibubapa, cuba yakinkan yang waktu itu harus dituruti dan akan lakukan aktiviti tersebut apabila ada masa terluang kemudian. Jangan mengabaikan soalan mereka sebaiknya jawab dengan alasan yang boleh diterima. Jika respon yang diberikan adalah masih negetif, tinggalkan mereka seketika untuk mereka belajar bertenang dan berfikir sendiri dan datang semula kepada mereka dan tetap dengan keputusan tadi. Puji jika mereka memberi kerjasama.

Elakkan : Memberi anak lebihan masa untuk bermain hanya disebabkan kita ingin melayari internet atau berbual dengan rakan atau di berhubung dalam talian kerana mereka akan belajar mengambil kesempatan tersebut dan akan cuba lakukan kemudian nanti. Sebaliknya selesaikan rutin mereka terlebih dahulu.

3) Kekalkan hubungan fizikal

Seperti yang kita tahu, di tahap umur 2 ke 3 tahun ini, kanak-kanak sedang melalui fasa yang amat tinggi dimana mereka sedang melalui fasa sudah mampu untuk berdikari dan melakukan dengan sendiri. Jadi, ibubapa harus kekalkan hubungan fizikal dimana kanak-kanak yang bersemangat tinggi ini perlukan masa dimana mereka mahukan ibubapa menunggu dan duduk seketika sehingga mereka sudah boleh melakukan sendiri dan bergerak pergi ke kumpulan rakan-rakannya. Pimpin tangan mereka masuk kedalam kelas dan duduk seketika agar dapat memberi mereka ruang sedikit untuk lebih bersedia berdikari dan mampu bersosial.

Elakkan : Ibubapa harus tahu bagaimana ucapan 'selamat tinggal' yang berkesan dengan tidak terlalu penuh beremosi kerana mereka dapat merasakan apa yang ibubapa rasakan. Sebaliknya nyatakan kepada kanak-kanak isi hati yang sebenar , yakin dan positif bahawa ibubapa akan tinggalkan anak dalam keadaan yang selamat di bawah jagaanNYA.

4) Persekitaran 'YES'

Wujudkan persekitaran dalam rumah yang mudah dan senang untuk kanak-kanak teroka. Contohnya kanak-kanak bersemangat tinggi sangat suka meneroka seperti menuang air sendiri, memakai baju dan seluar, melipat kain, dan sebagainya. Sudah pasti ianya akan menjadi kelam kabut sekiranya keperluan atau peralatan yang disediakan tidak bersesuaian dan menghakis percaya kita pada mereka, namun sekiranya kanak-kanak diberi peluang dan kepercayaan mereka mampu belajar dan bersedia untuk berdikari. Begitu jua mempamerkan buku bacaan yang mudah untuk mereka ambil untuk dibaca dan disimpan semula sesudah selesai. Jumlahnya juga tidaklah terlalu banyak, cukp sekadar 3 hingga 5 buah buku sahaja untuk menggalakkan mereka membaca dan duduk bertenang.

Elakkan : Memarahi atau merasa kecewa sekiranya kanak-kanak menumpahkan air atau sebagainya sebaliknya ajarlah mereka cara menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan kain berdekatan agar mudah mereka mengedalikannya. Pujilah dengan pujian tidak melampau dan katakan kepada mereka agar lebih berhati-hati.


Jadi para ibu bapa sekelian, itulah antara sebahagian tips yang saya ingin kongsikan bersama dan masih ada lagi dan insyaAllah saya akan usahakan di masa akan datang.

Semoga ilmu yang diberikan bermanfaat untuk diguna pakai bersama dalam usaha menjadi ibubapa

Regards,
SMART LITTLE BEE

Edit Sumber : smart-little-bee

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

04 August 2015

Tips Cantik Untuk Wanita 30an

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Siapa umur dah masuk 30tahun ke atas? Cuba korang angkat tangan...
Jaga-jaga erkk cik mah cik kiah..hehe.. Kecantikan anda mula nak menurun. 
Jadi, nak diri tu awet muda atau nak kekal sihat cantik mehlah amalkan suplemen yerk ('',)


Antara tips yang boleh korang amalkan untuk cantik adalah :-

1) Rajin bersihkan muka
2) Rutin natural masker
3) Kawal stress
4) Gaya hidup seimbang
5) Mengambil nutrisi /vitamin tambahan

Ok, yang tips no.5 - mengambil nutrisi/vitamin tambahan tu, saya memilih vitamin berkualiti tinggi dari Shaklee!

  • Vitamin C - Mengurangkan kedutan, mengekalkan kulit cantik dengan merangsang pengeluaran kolagen, membantu mengecutkan jerawat, melembapkan kulit, serta mengecilkan pori-pori.
  • Collagen - Memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan, memastikan kulit lembut, anjal dan kelihatan muda sentiasa.
  • Vivix - Membantu melambatkan penuaan sel, kaya dengan resveratrol antioksidan.

Nota untuk peringatan diri sendiri : Lain-lain tips tu, pandai-pandai lah apply mana yang patut. Dah masuk 30-an ni, tak boleh rileks jer. Phasa ni, radikal bebas buat serangan besar-besaran kat badan, boleh mengundang pelbagai penyakit. Serammm tuuuu..

edit sumber : Cery.MamaFaiz

Jom Kekal Sihat & Cantik!

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)



03 August 2015

Bisnes Online Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Alhamdulillah selesai mengepos tadi masa waktu rehat....




Semoga mereka diberi kesihatan yang lebih baik dengan mengamalkan suplemen.

T.Q kawan2 dan pelanggan setia yang sentiasa mempercayai kami sebagai rakan pengedar shaklee♡

Kami doakan agar kamu semua diberi rezeki yang lebih baik supaya boleh selalu beli suplemen dengan kami untuk kekal sihat & cantik ('',)

Ummi & Syahir
SYAHMI BIZ SDN. BHD (mood berangan nak ada biz sendiri bersama suami)
018-2465 122 & 018-2476 007